Halaman

Get Paid Taking Pictures

Isnin, 29 Jun 2009

Tanda-tanda bomoh yang tidak mengikut ciri perubatan Islam.

Soalan : Apakah tanda-tanda yang dapat dilihat pada bomoh atau dukun yang tidak mengikut ciri perubatan Islam? ( Muhammad, K.Lumpur )
Jawapan : Disana terdapat banyak tanda-tanda yang kita dapat lihat. Diantaranya :
• Keadaan fizikal tubuh bomoh yang selekeh,berbau dan persekitaran tempat yang suram dan terlalu sunyi.
• Bomoh tersebut hanya merenung ke dalam mata pesakit tanpa membaca ayat-ayat Rogyah.
• Bomoh tersebut membaca ayat-ayat Rogyah tetapi bercampur dengan ayat-ayat yang pelik dan tidak biasa didengari. (seakan-akan mentera atau jampi tertentu).
• Bomoh tidak memperdengarkan bacaannya malah hanya terkumat-kamit.
• Bomoh yang mengaku dapat mengubati pesakit dalam jarak jauh.
• Bomoh yang mengaku dapat melihat jin dan dapat menangkapnya.
• Bomoh yang menggunakan pelbagai alatan atau bahan yang pelik seperti asap, pulut kuning dan sebagainya.
Pesanan daripada Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd. Rani.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat Datang ke laman web PendindingDiri.com. Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat lagi kita menikmati Nikmat Iman dan Islam. Disamping itu, kita juga dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan Al-Quranul Karim hidup kita di dunia ini.
Firman Allah didalam Kalam
SuciNya :

" Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa."

Kita hidup di dalam dunia Islam yang ter’fitnah’, Sehinggakan terlalu sukar untuk menilai diantara hakikat kebenaran Islam dan sebaliknya, menc
ari agama seumpama sedang mencari sebutir permata di tengah panahan kilauan kaca-kaca yang tajam. Ketika saya mula mengadu kepada guru sewaktu saya menuntut di University Al-Azhar, bagaimana umat Islam di negara saya (Malaysia) lebih menyakini bomoh dan unsur khurafat berbanding Al Quran dan hadis Rasulullah, maka guru saya menjawab “sebenarnya kita berada di Akhir Zaman” . Jawapan yang tepat dan padat.!!
Benarlah apa yang di sebut oleh kekasih kita Rasulullah s.a.w akhir zaman nanti Al-Quran hanyalah sebagai perhiasan dan tidak lagi menjadi amalan dan ikutan. Walhal Allah menurunkan Al Quran sebagai "Hudan wa syifa’un lil mukminin" (petunjuk dan ubat bagi segala penyakit bagi mukmin.
Seperti FirmanNya lagi :

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."
Saya mula menyusun ayat-ayat Ruqyah Syariyyah ini, setelah melihat betapa perlunya bagi setiap individu, keluarga, masyarakat malahan negara menjadikan pertahanan di dalam diri dengan untaian-untaian Al-Quran. Alangkah indahnya, sekiranya di bibir-bibir setiap ummat Muhammad ini membaca dan menghafaz ayat-ayat yang di baca oleh guru saya ini agar setiap nafas dan denyut nadi kita di jalari dengan ayat-ayat Al-Quran ini agar ia menjadi kekuatan bagi setiap di kalangan kita.
Saya melihat dengan mata dan kepala saya sendiri betapa hebatnya Ayat-ayat Al-Quran ini menjadi kehancuran kepada kebathilan pada setiap mentera-mentera serapah ilmu sihir dan gangguan yang tak berkesudahan dari musuh kita Syaitan. Saudara-saudara juga akan melihatnya setelah mana ayat-ayat ini di kumandang dan dihafal serta diamal di dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah. Lihatlah nanti!!
Saya mengharapkan bahagian ilmu yang terdapat ini perlu di dedahkan kepada setiap dikalangan kita supaya dijauhkan dari syirik. Ilmu ini tidak menjadi milik peribadi bahkan ia merupakan secalit ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia yang beriman denganNya. Milikilah ia dan beramallah mudahan kita diganjar dengan sebaik-baik pembalasan di Akhirat nanti.
Akhukum Fillah,
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

0 ulasan:

 

Blogger news

Radio Manis FM Dengarkan Kami Di Kelantan - 90.6FM, Terengganu - 102.0FM, Pahang - 95.1FM KeNingaU FM

Blogroll

About