Halaman

Get Paid Taking Pictures

Isnin, 15 Jun 2009

LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM SKIM CEPAT KAYA

TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan
Kerajaan berhubung larangan penglibatan pegawai awam dalam skim cepat kaya.

TAKRIF

2. Bagi maksud Pekeliling ini:

“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab
bagi sesuatu Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit dan
termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi
dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan
sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi
Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi
pihaknya.

“Pegawai” bermaksud seorang anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.

“Skim Cepat Kaya” bermaksud satu bentuk pelaburan yang menawarkan
kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang
kecil dan bebas
daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar dengan Bank
Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau
pihak-pihak berkuasa lain. Ia juga termasuk sebarang bentuk pelan / aktiviti
pelaburan yang menyalahi undang-undang walaupun ianya dijalankan oleh
institusi berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan.

LATAR BELAKANG

3. Pada masa ini, Kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam
skim cepat kaya sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga
menjejaskan imej perkhidmatan awam. Selain itu, pengendali skim cepat kaya ini
turut mengeksploitasi penglibatan pegawai awam bagi memberi gambaran seolah-
olah skim sedemikian telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk menarik
pelabur-pelabur lain.

4. Gejala yang tidak sihat ini juga boleh menyebabkan pegawai yang terlibat
terjebak dalam masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta
akhirnya menjejaskan prestasi pegawai selaku penjawat awam.

PERATURAN BARU

5. Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai awam dilarang
sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya termasuk sebagai
penganjur atau pengantara atau pelabur.

6. Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan
tindakan tatatertib kerana boleh diertikan / ditafsirkan sebagai bersubahat atau
bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut.

7. Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan
tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

8. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, semua pegawai
awam yang terlibat dalam skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau
pengantara atau pelabur dikehendaki menghentikan penglibatan mereka dengan
serta-merta.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

9. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memantau pegawai di bawah
penyeliaannya dan melaporkan sebarang ketidakpatuhan kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib untuk tindakan sewajarnya.

TARIKH KUAT KUASA

10. Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai tarikh Pekeliling Perkhidmatan ini
dikeluarkan.

PEMAKAIAN

11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing,
peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua
Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan.
Note: JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA

0 ulasan:

 

Blogger news

Radio Manis FM Dengarkan Kami Di Kelantan - 90.6FM, Terengganu - 102.0FM, Pahang - 95.1FM KeNingaU FM

Blogroll

About