Halaman

Get Paid Taking Pictures

Sabtu, 24 Oktober 2009

Apakah ertinya sayang

Apakah ertinya sayang
Andai hati ini akan terguris
Kerna yang pasti setiap kata-katamu
bagaikan tiada lagi kebenaran

Dimana salahnya diri ini
Kerna dijadikan perbandingan
Sedangkan diri ini tak pernah terlintas dihati
Untuk merampas kebahagian milikmu

Aku sedar
Siapalah diri ini disisimu
Walaupun punyai perasaan
Tapi masih dengan serba kekurangan

Hanyalah sekadar peneman dikala sepi
Lemas dengan janjimu
Hanyut dalam angan-angan
Yang pasti akan hilang

Bila kesenangan berada dalam rangkul dakapanmu
Kau lebih bahagia bersama mereka
Membiarkan diri ini bersendirian
Sunyi bertemankan sepi

Mereka
Bagaikan mutiara
Menyinar segenap ruang penuh keriangan
Diri ini perlahan-lahan mula dilupai
Dalam kerinduan bersama airmata

Andai diri ini tak mungkin disayangi
Mengapa tiada dilepaskan
Kerna itu lebih lebih baik
Dari dibiarkan tengellam dalam sesamaran

Andai masih lagi adanya sayang
Keringkanlah airmata ini
Kerna tak sanggup lagi derita
Hanya mengharap pada kota janji
Terus bersama meredah arus keperitan kehidupan ini


APA ERTINYA SAYANG
DianLee
(Edited by Azremiey Ahmad)
Malaysia
24 July 2009, 7.30pm


Copyright © 2009 DianLee
All Rights Reserved




Ahad, 18 Oktober 2009

Cara cara Penggunaan Komputer

cara-cara menggunakan keybord

cara-cara menggunakan mouse
paras kedudukan keybord

paras mata dengan screen
Cara senaman

Di MAnakah Kite Berada

* Peringkat Bayi, Awal Kanak-kanak (0-2 tahun) Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalainkan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik, dan pengasuhnya.
* Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang.
* Kanak-kanak patutnya capai kecerdasan deria motor dan ___ sebab musabab primitif.
Contoh : Makan - Lapar.

Perkembangan Kanak-kanak / Toddlerhood (2-3 tahun)
* Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga
* Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti kotak dijadikan kereta.
* Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya. (selalunya ibu bapa adalah personaliti kegembaran mereka).
* Dia juga belajar mengawal pergerakan diri atau mengawal emosinya.

Peringkat Pra Sekolah (4-6tahun)
* Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina
* Kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak
* Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di sekitar rumahnya.
* Mereka mula merasakan diri mereka sebagai satu entity / mula membentuk pandangan terhadap diri sendiri (muncul teori kendiri)
* Kanak-kanak terlibat dalam permainan kumpulan dan melalui perkembangan moral peringkat awal (jahat akan didenda oleh ibu bapa
* Kanak-kanak berkelakuan baik untuk elakkan hukuman (Kohlberg 1976)

Peringkat Sekolah Rendah (6-12tahun)
* Kanak-kanak masuk sekolah dan belajar bersahabat
* Perkembangan Kognitif, kanak-kanak tersebut berada pada peringkat OPERASI KONKRIT (belajar membaca, menulis, dan mengira)
* kemahiran permainan dan kemahiran hidup yang lain (belajar jual beli)
* K2(kanak-kanak) tersebut boleh menilai diri sendiri dan orang lain
* Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli sukan sesuatu permainan seperti bola sepak

Awal Remaja (12-18tahun)
* Remaja akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum pada peringkat ini
* Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal
* Dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja
* Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan sebaya dari jantina yang berbeza. (Kalau takde perasaan ni, maknanya tak normal la tu. Tak banyak, sikit mesti ada punya. Takyah la nak nafikan, hokeh??~)

Akhir Remaja (18-22 tahun)
* Remaja cuba mendapat otonomi (autnonomy) dari ibu bapa
* Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina
* Melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral dalam masyarakat
* Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.

Awal Dewasa (22-34tahun)
* Individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina
* Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak
* Individu juga berusaha mentampilkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup

Pertengahan Dewasa (34-60tahun)
* Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau mahir dalam pekerjaan.
* Individu yang berjaya memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga akan merasa bahagia mengasihi anak-anak dan ibubapa serta melibatkan diri dalam kerja amal untuk kebajikan masyarakat
* Individu yang berjaya juga akan membeli rumah dan harta

Akhir Dewasa (60-70tahun)
* Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati sebab telah memberikan sumbangan yang besar
* Individu akan mengubah tenaga ke arah lain setelah bersara, seperti beribadat dalam kerja amal
* Mereka berpuashati dan bersyukur

Tua (75 tahun - meninggal dunia)
* Individu yang ada di peringkat ini terpaksa menangani masalah kesihatan oleh peredaran umur, seperti OSTEOPOROSIS dan nyanyuk
* Individu yang berjaya dalam hidup akan mengenang zaman muda dan dewasa dengan gembira dan puashati. (masa ni mereka akan berfikir, kenapa anak aku buat aku macam ni, kenapa mereka tak jenguk aku macam zaman dulu-dulu. Mereka akan mengimbas zaman dulu-dulu, apa yang mereka telah buat terhadap ibu bapa mereka, dan banyak lagi imbauan..)
* Tenang menghadapi saat kematian sebab telah berjaya menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat

Gambar Molekul Air Zam Zam


Assalamualaikum


Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama,
kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan
hayatilah petikan dibawah:
Pada (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak
telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan
ceramah beliau.
Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana
baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada
orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun.
Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide
ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,
laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan
molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan
sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu
berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel
air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
(bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan
warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu
profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah
ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat
tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab
Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak
air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan
itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata
dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin
dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing.

Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk
seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut
yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat
dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian
dan berkilau-kilau. ... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor
menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah
diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah. .... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu
merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka
masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah
ayat-ayat yang mulia kepadanya".wassalam

Isnin, 5 Oktober 2009

DOA KEKASIH

SUMBER:MYMESRA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...



Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...

Seringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...



Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku...

Bawalah dia jauh daripada pandanganku...

Luputkanlah dia dari ingatanku...

Dan periharalah aku dari kekecewaan...



Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja yang merah...

Agarku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya...



Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...



Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...



Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu

yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dapat

membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...



Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Dan periharalah kami dari azab api Neraka...



Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.
 

Blogger news

Radio Manis FM Dengarkan Kami Di Kelantan - 90.6FM, Terengganu - 102.0FM, Pahang - 95.1FM KeNingaU FM

Blogroll

About