Sunday, December 20, 2009

Botol?? Selamat @ tidak

Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum)


Ketahuilah Fakta2 berikut:

•Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara

•Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya

•Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.

•Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.

•KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.

So, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.

rujuk berita harian http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090107085726/Article/


sumber daripada http://ibu-ayah-xtvt.blogspot.com/2008/10/fakta-yang-sangat-penting-tentang-bekas.html

Baca Seterusnya......

Saturday, October 24, 2009

Apakah ertinya sayang

Apakah ertinya sayang
Andai hati ini akan terguris
Kerna yang pasti setiap kata-katamu
bagaikan tiada lagi kebenaran

Dimana salahnya diri ini
Kerna dijadikan perbandingan
Sedangkan diri ini tak pernah terlintas dihati
Untuk merampas kebahagian milikmu

Aku sedar
Siapalah diri ini disisimu
Walaupun punyai perasaan
Tapi masih dengan serba kekurangan

Hanyalah sekadar peneman dikala sepi
Lemas dengan janjimu
Hanyut dalam angan-angan
Yang pasti akan hilang

Bila kesenangan berada dalam rangkul dakapanmu
Kau lebih bahagia bersama mereka
Membiarkan diri ini bersendirian
Sunyi bertemankan sepi

Mereka
Bagaikan mutiara
Menyinar segenap ruang penuh keriangan
Diri ini perlahan-lahan mula dilupai
Dalam kerinduan bersama airmata

Andai diri ini tak mungkin disayangi
Mengapa tiada dilepaskan
Kerna itu lebih lebih baik
Dari dibiarkan tengellam dalam sesamaran

Andai masih lagi adanya sayang
Keringkanlah airmata ini
Kerna tak sanggup lagi derita
Hanya mengharap pada kota janji
Terus bersama meredah arus keperitan kehidupan ini


APA ERTINYA SAYANG
DianLee
(Edited by Azremiey Ahmad)
Malaysia
24 July 2009, 7.30pm


Copyright © 2009 DianLee
All Rights Reserved




Baca Seterusnya......

Sunday, October 18, 2009

Cara cara Penggunaan Komputer

cara-cara menggunakan keybord

cara-cara menggunakan mouse
paras kedudukan keybord

paras mata dengan screen
Cara senaman

Baca Seterusnya......

Di MAnakah Kite Berada

* Peringkat Bayi, Awal Kanak-kanak (0-2 tahun) Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalainkan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik, dan pengasuhnya.
* Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang.
* Kanak-kanak patutnya capai kecerdasan deria motor dan ___ sebab musabab primitif.
Contoh : Makan - Lapar.

Perkembangan Kanak-kanak / Toddlerhood (2-3 tahun)
* Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga
* Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti kotak dijadikan kereta.
* Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya. (selalunya ibu bapa adalah personaliti kegembaran mereka).
* Dia juga belajar mengawal pergerakan diri atau mengawal emosinya.

Peringkat Pra Sekolah (4-6tahun)
* Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina
* Kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak
* Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di sekitar rumahnya.
* Mereka mula merasakan diri mereka sebagai satu entity / mula membentuk pandangan terhadap diri sendiri (muncul teori kendiri)
* Kanak-kanak terlibat dalam permainan kumpulan dan melalui perkembangan moral peringkat awal (jahat akan didenda oleh ibu bapa
* Kanak-kanak berkelakuan baik untuk elakkan hukuman (Kohlberg 1976)

Peringkat Sekolah Rendah (6-12tahun)
* Kanak-kanak masuk sekolah dan belajar bersahabat
* Perkembangan Kognitif, kanak-kanak tersebut berada pada peringkat OPERASI KONKRIT (belajar membaca, menulis, dan mengira)
* kemahiran permainan dan kemahiran hidup yang lain (belajar jual beli)
* K2(kanak-kanak) tersebut boleh menilai diri sendiri dan orang lain
* Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli sukan sesuatu permainan seperti bola sepak

Awal Remaja (12-18tahun)
* Remaja akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum pada peringkat ini
* Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal
* Dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja
* Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan sebaya dari jantina yang berbeza. (Kalau takde perasaan ni, maknanya tak normal la tu. Tak banyak, sikit mesti ada punya. Takyah la nak nafikan, hokeh??~)

Akhir Remaja (18-22 tahun)
* Remaja cuba mendapat otonomi (autnonomy) dari ibu bapa
* Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina
* Melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral dalam masyarakat
* Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.

Awal Dewasa (22-34tahun)
* Individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina
* Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak
* Individu juga berusaha mentampilkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup

Pertengahan Dewasa (34-60tahun)
* Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau mahir dalam pekerjaan.
* Individu yang berjaya memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga akan merasa bahagia mengasihi anak-anak dan ibubapa serta melibatkan diri dalam kerja amal untuk kebajikan masyarakat
* Individu yang berjaya juga akan membeli rumah dan harta

Akhir Dewasa (60-70tahun)
* Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati sebab telah memberikan sumbangan yang besar
* Individu akan mengubah tenaga ke arah lain setelah bersara, seperti beribadat dalam kerja amal
* Mereka berpuashati dan bersyukur

Tua (75 tahun - meninggal dunia)
* Individu yang ada di peringkat ini terpaksa menangani masalah kesihatan oleh peredaran umur, seperti OSTEOPOROSIS dan nyanyuk
* Individu yang berjaya dalam hidup akan mengenang zaman muda dan dewasa dengan gembira dan puashati. (masa ni mereka akan berfikir, kenapa anak aku buat aku macam ni, kenapa mereka tak jenguk aku macam zaman dulu-dulu. Mereka akan mengimbas zaman dulu-dulu, apa yang mereka telah buat terhadap ibu bapa mereka, dan banyak lagi imbauan..)
* Tenang menghadapi saat kematian sebab telah berjaya menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat

Baca Seterusnya......

Gambar Molekul Air Zam Zam


Assalamualaikum


Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama,
kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan
hayatilah petikan dibawah:
Pada (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak
telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan
ceramah beliau.
Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana
baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada
orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun.
Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide
ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,
laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan
molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan
sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu
berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel
air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
(bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan
warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu
profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah
ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat
tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab
Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak
air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan
itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata
dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin
dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing.

Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk
seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut
yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat
dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian
dan berkilau-kilau. ... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor
menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah
diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah. .... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu
merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka
masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah
ayat-ayat yang mulia kepadanya".wassalam

Baca Seterusnya......

Monday, October 5, 2009

DOA KEKASIH

SUMBER:MYMESRA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...



Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...

Seringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...



Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku...

Bawalah dia jauh daripada pandanganku...

Luputkanlah dia dari ingatanku...

Dan periharalah aku dari kekecewaan...



Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja yang merah...

Agarku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya...



Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...



Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...



Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu

yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dapat

membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...



Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Dan periharalah kami dari azab api Neraka...



Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Baca Seterusnya......

Sunday, September 13, 2009

Cara Penyelesaian Masalah Video Card





Masalah Video Card
Adakah pc anda berfungsiBolehkah anda mendengar bunyi HDD berputar, lihat lampu-lampu kecil di bahagian depan CPU , mendengar bunyi beep? Jom kita bicara tentang sistem di sini, bukan monitor. Jika sistem ini tidak berfungsi, atau jika anda tidak pasti sama ada atau tidak itu, pergi ke bahagian Kegagalan Power Supply sekarang.

Kembali ke Diagnostik Chart
. Adakah apa saja muncul di layar monitor dengan power on, atau itu hanya hitam seperti sebelum anda powered pada CPU? Kami tidak menuntut tanda-tanda kehidupan cerdas dalam hal ini, tanda-tanda kehidupan yang akan dilakukan.

Kembali ke Diagnostik Chart
Adakah monitor sudah di hidupkan?Jika dihidupkan,Monitor mempunyai LED status pada panel depan yang seharusnya menunjukkan hijau, oren, atau berkelip jika monitor dinyalakan.Anda juga boleh mendengar bunyi monitor hidup dengan suara yang lembut, ataupun monitor itu menggambarkan hal itu di luar mengatakan itu suara tabung CRT pemanasan.Pastikan kabel VGA monitor dimasukkan ke soket yang baik dengan menguji outlet dengan lampu atau peranti lain yang akan membuktikan tanpa keraguan bahawa outlet itu baik. Pastikan bahawa kabel elektrik yang baik secara kekal melekat di hujung monitor atau bahawa hal itu duduk penuh dalam soket, kerana sebahagian Kabel penyisipan adalah kegagalan yang paling umum untuk monitor dengan tali dilepas.


Skrin LCD tidak membuat suara apa pun saat anda menghidupkan mereka, tetapi mereka tidak selalu memiliki kabel elektrik sederhana, baik.Beberapa monitor LCD yang disokong oleh transformator luaran, yang pada gilirannya merupakan tenaga elektrik dari soket elektrik biasa.Jika layar LCD tidak menunjukkan tanda-tanda kehidupan, pastikan bahawa tali ke dalam dan keluar daripada transformator sepenuhnya duduk.Beberapa transformer dilengkapi dengan LED status untuk menunjukkan bila mereka beroperasi, meskipun anda juga boleh menyemak hidup DC output dengan Voltmeter.Kekuatan sambungan kepada skrin LCD sering canggung untuk menyemak, ceruk ke belakang layer. Yang penting adalah untuk memastikan itu bermula dengan benar, maka kerusi itu sepanjang jalan.


Kembali ke Diagnostik Chart

Beberapa hal yang berkaitan dengan komputer yang lebih memalukan daripada memuat monitor anda untuk pembaikan dan mendapati bahawa kecerahan berubah sepanjang jalan turun.Hal ini sering terjadi dengan cepat terbuka bila anda memuat monitor dan menggerakkannya, walaupun mungkin juga suka memperolok-olok mengecilkan tatacara ketika mereka tersembunyi di balik pop-pintu keluar tepat di bawah layar. Pastikan bahawa manual kawalan kecerahan dan kontras pada monitor ditetapkan di tengah-tengah rentang mereka, kerana itu tidak selalu jelas jalan mana maksimum atau minimum. Jika monitor hidup, menukar kecerahan dan kontras sepanjang jalan biasanya akan menghasilkan pencahayaan skrin sedikit. Cara termudah bagi memeriksa sama monitor yang baik adalah cukup pasangkan ke PC bekerja lain.


Kembali ke Diagnostik Chart

Jika anda melihat mesej pada skrin yang merangkumi "power" di dalamnya, seperti: "melampirkan kad grafik kuasa", "tidak mempunyai kekuatan untuk video adapter", dll, itu bermakna bahawa anda mempunyai PCI Express atau AGP video card yang lebih tua yang memerlukan kekuatan yang lebih berbanding motherboard dapat bekalan melalui bus. Berarti ini anda perlu untuk menjalankan sebuah kabel listrik langsung dari catu daya ke adaptor video, di dalam PC. Jika itu membina baru, anda mungkin sudah lupa atau tidak duduk penyambung tegas.. Jika itu adalah PC yang bekerja, baik elektrik memimpin telah gagal, power supply itu sendiri punya masalah, Kabel bekerja longgar, atau beberapa hardware pada kad video telah gagal.

Sebelumnya kad video yang diperlukan daya tambahan dari catu daya biasanya memuat Molex konektor, sama 4 pin penyambung digunakan untuk berkuasa non-SATA drive. satu kuasa yang lebih baru merangkumi satu atau dua enam pin penyambung PCI Express tambahan direka untuk kad grafik haus kekuasaan. Sesetengah kad PCI Express, dengan tidak adanya tambahan enam pin memimpin, akan menerima dua 4 pin Molex memimpin.


Kembali ke Diagnostik Chart

Kebanyakan monitor baru akan menampilkan sesuatu seperti "Tidak ada isyarat sumber," atau "Lampirkan isyarat video," selama mereka sihat, dan tlh. Mesej ini akan muncul bahkan jika PC atau video adaptor sudah mati. Ini sebenarnya adalah salah satu inovasi yang lebih kepada dalam teknologi monitor, kerana ia mempunyai bukti sahih bahawa monitor atau display LCD masih hidup dan kemungkinan besar mampumemaparkan imej jika isyarat video hadir. Sayangnya, itu hanya membuktikan sesuatu dengan kehadirannya, kerana lebih tua dan lebih murah model monitor tidak boleh memaparkan apa-apa.


Kembali ke Diagnostik Chart
Buatlah yakin 15 pin Kabel isyarat video (3 baris daripada 5 pin masing-masing untuk SVGA) adalah duduk tepat di video port di bahagian belakang sistem. Palka-down sekrup di kedua sisi penyambung harus screwed di sepanjang jalan, tetapi tidak dibuat terlalu ketat.. Jika kabel video disambungkan dengan betul, keluarkan dan penyambung untuk memeriksa kerosakan.


Kembali ke Diagnostik Chart

Sebelum membuat diri anda kacang-kacangan, tes monitor di PC lain ataupun laptop.Jika anda menggunakan laptop untuk menguji monitor dan tidak secara automatik mengesan monitor luaran ketika booting, gunakan "F" butang fungsi di sepanjang bahagian atas keyboard untuk kirim laptop bergeser ke skrin luaran. Ingat bahawa kita menguji hanya untuk melihat apakah monitor adalah hidup, tidak masalah jika tatacara skrin salah dan layar tampak lucu. Jika tidak bekerja tentang komputer dikenali baik, masalahnya adalah dengan monitor, bukan PC anda.. Jika gambaran samar dikesan pada skrin LCD, masalahnya ialah dengan lampu latar atau inverter yang digunakan pada lampu latar. Dengungan keras yang berasal dari monitor LCD adalah sebuah kemungkinan besar gagal rangkaian inverter, meskipun dapat berlangsung semakin keras selama bertahun-tahun sebelum muncul.


Kembali ke Diagnostik Chart

Lihat dengan hati-hati di pin melalui penyambung untuk memastikan tidak satu pun daripada mereka berada di sudut atau menempel bahagian bawah. Perhatikan bahawa pin hilang di kabel video adalah norma, biasanya monitor ID pin. It's great jika anda mempunyai sandaran kabel video dan monitor dengan kabel dilepas, tetapi kebanyakan monitor memiliki kabel terintegrasi (tidak lepas) dan paling orang tidak mempunyai sandaran tetap Anda akan biasanya harus puas inspeksi visual untuk apakah kabel mungkin telah dihancurkan atau dilanggari.
Jika anda melihat bahawa pin pada penyambung dibengkokkan, anda boleh cuba untuk meluruskan sangat perlahan-lahan dengan pinset atau jarum halus hidung tang. Jika pin berehat, anda boleh membeli pengganti penyambung dan solder pada dengan solder yang baik dan kesabaran tak terbatas. Anda juga akan memerlukan pistol dan tabung heatshrink jika anda ingin melakukannya dengan betul. Terakhir kali aku melakukan satu hal itu membawa saya hampir tiga jam, meskipun aku tidak benar-benar mempunyai hak solder tip. I don't recommend making your own DVI connector. Saya tidak menyarankan membuat sendiri penyambung DVI.


Video Connector Pinout Video pinout Connector
• 1-Red 1-Red
• 2-Green 2-Green
• 3-Blue 3-Blue
• 4-Monitor ID (Note: pins for ID bits often not present) 4-Monitor ID (Nota: pin untuk ID bit sering tidak hadir)
• 5-Ground 5-Ground
• 6-Red Return (coax shield) 6-Red Return (memujuk perisai)
• 7-Green Return (coax shield) 7-Green Return (memujuk perisai)
• 8-Blue Return (coax shield) 8-Blue Return (memujuk perisai)
• 9 No-Connection 9 Tak-Connection
• 10-Sync Ground 10-Sync Ground
• 11-Monitor ID 11-Monitor ID
• 12-Monitor ID 12-Monitor ID
• 13-Horizontal-Sync 13-Melintang-Sync
• 14-Vertical-Sync 14-Menegak-Sync
• 15-Monitor ID 15-Monitor ID

Kembali ke Diagnostik Chart
Adakah anda mendengar serangkaian beep? Sehat PC beep mesti sekali atau dua kali ketika mereka dihidupkan dan mereka melewati Power On Self Test (POST) rutin. Sementara pengeluar BIOS yang berbeza menggunakan kod bip berbeza untuk mengenalpasti kegagalan, siri pengulangan berbunyi 'bip' (tiga atau sembilan tahun berturut-turut) adalah indikator yang umum daripada kad video kegagalan.


Kembali kepada Diagnostik Chart

Semak apakah adaptor video dengan benar duduk. Ini merupakan in-the-peti cek, jadi pastikan anda mencabut kord kuasa kepada sistem pertama.. Ini tidak berlaku untuk dengan motherboard built-in video. Adakah atau tidak penyesuai video tampaknya duduk dengan benar, mendudukkan ke tempat itu lain. Keluarkan penyesuai video terus-down sekrup, lepaskan adaptor, lalu mendudukkan ke tempat lain dalam slot, mendorong ke bawah merata. Berhati-hatilah bahawa meletakkan terus-down sekrup di tuil tidak tepi depan penyesuai video (akhir daripada sekrup) hingga sepersekian inci daripada slot, kerana itulah yang diperlukan jika tidak ada terus -down latch.

Kembali ke Diagnostik Chart

Jika kad reseating tidak menjernihkan beep, itu mungkin gagal adapter video atau RAM pada motherboard. Anda boleh kekuatan turun dan cuba reseating RAM saat ini, tanpa pergi semua jalan melalui motherboard diagnostik. Dulu ada beep kod untuk semua jenis kegagalan komponen, tetapi kebanyakan daripada komponen-komponen itu telah lama terintegrasi ke dalam motherboard dan tidak boleh diganti jika mereka gagal.


Kembali ke Diagnostik Chart

Adakah Adakah sistem sampai sejauh menunjukkan paparan BIOS dan mengunci? Oleh BIOS skrin, kita berbicara tentang maklumat teks atau grafik nama jenama yang muncul di skrin dalam tahap boot awal. Sebuah sistem yang membeku sampai saat ini jarang menderita daripada kegagalan video, walaupun konflik antara video kad dan adaptor dipasang lain masih mungkin monitor berfungsi


Kembali ke Diagnostik Chart

Adakah anda memasang adapter baru akan sebelum masalah muncul? Dengan kuasa terputus, menghilangkan adaptor jenama lain, satu per satu waktu, kemudian menyambung kembali daya dan upaya untuk reboot selepas setiap penghapusan. Mengunci muncul di skrin BIOS sering disebabkan oleh konflik adaptor, tapi kalau mengeluarkan adaptor jenama lain tidak memecahkan masalah, lanjutkan ke Motherboard, CPU dan RAM Kegagalan.


Kembali ke Diagnostik Chart

Adakah anda mendapatkan hidup skrin, atau setidaknya bergerak menerusi skrin BIOS, dengan semua adaptor jenama lain dihapuskan? Jika demikian, masalahnya adalah baik buruk yang semestinya menghalang adaptor bus atau adaptor bertentangan dengan kad videoDalam kedua kes, anda boleh memasang semula adapter satu per satu waktu, powering up selepas masing-masing, penyelesaian masalah masalah dengan muat eliminasi. Jangan lupa untuk mencabut sistem setiap kali sebelum mengambil sebarang tindakan dalam kes ini.


Kembali ke Diagnostik Chart

Jika motherboard is a new upgrade, coba adaptor video di sistem lain sebelum mencemari itu, kerana boleh menjadi inkompatibilitas sederhana. Jika memasang adaptor video baru anda tidak memecahkan "mati layar" masalah, itu mungkin menjadi masalah berkaitan motherboard, walaupun anda sampai ke titik ini tanpa kod bip. Teruskan ke Motherboard, CPU dan RAM Kegagalan.


Maaf jika anda kurang faham,saya menggunakan google translate.jika untuk lebih kepastian.anda bolehlah layari web di bawah.


http://www.fonerbooks.com/video.htm

Sekian terima kasih.

Baca Seterusnya......

Sunday, August 16, 2009

Cara Menilai Keperibadian Seseorang

1 . ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

2 . ORANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam jam

3 . ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut

4 . ORANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut


5 . ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

6 . ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

7 . ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

8 . ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain

9 . ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

10. ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

11. ORANG YANG BODOH
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan agin yang keluar

12. ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"

13. ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

14. ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi

16. ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi "blekutuk - blekutuk - bloop -bloop - bloopp"

17. ORANG YANG ATHLIT
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

18. ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

19. ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

20. ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi...

P/s Jika ada yang terkena jangan marah.hanya rekaan semata2 k


Baca Seterusnya......

Sunday, August 9, 2009

Kasut tumit tinggi jejas kesuburan wanita

Kasut tumit tinggi jejas kesuburan wanita
sumber:una tomato

Berdiri tidak seimbang boleh beri kesan kepada organ dalaman
LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan kelmarin.

Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."

Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.

Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula Selasa ini, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.

Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga....boleh membuatkan rambut gugur.

"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit.

"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.

Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.

Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.


FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi

* Jejaskan peluang untuk dapat anak
* Punca rambut gugur
* Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
* Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
* Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid

Baca Seterusnya......

kurangkan @ jangan mkn ikan sardin

sumber:Una tomato

Assalamualaikum
Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru....saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.
Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
wallahualam
Wassalam

Baca Seterusnya......

10 Maksud Tersembunyi luahan hati PEREMPUAN..

10 Maksud Tersembunyi luahan hati PEREMPUAN..

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

p/s: Ini sebagai sumber bacaan sahaja dan tidak ade kena mengena antara hidup dan yang telah meninggal dunia. Tapi, memang ia selalu berlaku.hehe.

Baca Seterusnya......