Halaman

Get Paid Taking Pictures

Selasa, 30 Jun 2009

konvoi ke air terjun MAHUA tambunan


berehat sebentar di stesen minyak tambunan(petronas)



di air terjun mahua,tambunan







inilah motor ku


salam semua.
pada ari ahad lepas saya dan rakan2 telah berkonvoi dengan rakan2 ke air terjun mahua di tambunan.Sebanyak 22 buah motor pelbagai jenis menyertai konvoi tersebut.di bawah ini saya sertakan beberapa gambar dan vidio yang saya sempat snap.konvoi anjuran kelab DKS keningau.

Isnin, 29 Jun 2009

Kenali buah pinggang anda

SIRI PERTAMA
PENGESANAN awal penyakit buah pinggang amat penting untuk melambatkan penularan penyakit ini dan mencegah penyakit kardiovaskular yang berkaitan.
Buah pinggang adalah organ yang penting dalam badan. Meskipun saiznya kecil, hanya lebih kurang dua penumbuk tangan, buah pinggang kita mempunyai keupayaan untuk menapis bahan buangan daripada darah dan membantu membuang bendalir berlebihan.
Setiap hari, kira-kira 200 liter darah ditapis atau ‘dibersihkan’ oleh buah pinggang. Di samping itu, buah pinggang juga terlibat dalam penghasilan sel-sel darah merah, kawalan tekanan darah, kawalan keseimbangan asid-bes (alkali) dan penjagaan kesihatan tulang.
Jika terdapat keadaan tidak normal dalam buah pinggang, contohnya tahap protein melebihi paras normal atau terdapat kesan darah dalam air kencing atau jika fungsi buah pinggang merosot, besar kemungkinan kita menghidap penyakit buah pinggang kronik.
Pada peringkat awal, penyakit buah pinggang tidak ketara kerana pesakit masih berasa sihat. Oleh kerana itu, adalah tidak menghairankan jika ramai orang tidak sedar mereka mengalami masalah buah pinggang dan lama-kelamaan penyakit ini lebih teruk.
Hakikatnya, penularan penyakit buah pinggang kronik adalah lebih serius daripada yang kita sangkakan.
Kajian terhadap pelbagai bangsa di seluruh dunia menunjukkan bahawa kira-kira satu daripada setiap 10 orang dewasa menghidap penyakit buah pinggang kronik.
Di samping itu, penyakit buah pinggang kronik adalah ‘penyakit berganda’ kerana ia dikaitkan dengan peningkatan sekurang-kurangnya 10 kali ganda risiko kematian awal akibat penyakit jantung, strok dan penyakit vaskular periferal.
Fungsi renal atau ginjal adalah pada tahap optimum dengan dua buah pinggang yang sihat. Sedikit kemerosotan dalam kadar fungsi biasanya tidak memudaratkan.
normal
Seseorang masih dapat menjalani hidup normal dengan hanya satu buah pinggang, yang memberikan 50 peratus fungsi renal.
Masalah kesihatan yang serius biasanya mula timbul apabila fungsi renal seseorang merosot hingga di bawah paras 30 peratus.
Apabila fungsi renal kurang daripada paras 10 hingga 15 peratus, peluang untuk hidup adalah tipis jika pesakit tidak menjalani rawatan penggantian fungsi ginjal seperti dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Oleh kerana gejala yang ketara, penyakit buah pinggang hanya dapat dikesan pada peringkat lanjut, adalah penting untuk mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Ini boleh dilakukan melalui pemeriksaan kesihatan yang mudah dan berkala, khususnya ujian air kencing, darah dan tekanan darah.
Jika dikesan awal, penularan penyakit buah pinggang boleh dilambatkan dengan rawatan dan strategi pengurusan kesihatan yang betul. Pesakit diabetes, mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, warga tua dan mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang hendaklah menjalani pemeriksaan secara tetap bagi mengesan penyakit buah pinggang kronik kerana mereka menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk diserang penyakit ini.
Mereka yang menghidap penyakit autoimun seperti lupus eritematosus sistemik (SLE), mempunyai berat badan berlebihan atau merokok, serta mereka yang mengambil ubat pelega kesakitan, seperti ubat anti-radang yang bukan steroid (NSAIDS) untuk jangka masa panjang, juga berdepan dengan risiko yang lebih tinggi untuk penyakit buah pinggang kronik.
Berikutan keputusan ujian darah dan air kencing, imbasan buah pinggang dan pemeriksaan lain mungkin dinasihatkan untuk menentukan punca kemerosotan fungsi buah pinggang.
Ini penting agar rawatan yang sebaik mungkin dapat diberikan kepada pesakit untuk mengekalkan fungsi buah pinggang dan secara tidak langsung, mencegah komplikasi kardiovaskular yang berkaitan.
- Rencana pendidikan ini dibawakan oleh Panel Pendidikan Kesihatan Buah Pinggang, dengan sokongan Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) dan Baxter Healthcare Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, layari www.freedomtolive.com.my atau www.msn.org.my.
Masalah gula darah
SEBELUM, ini kita berbincang mengenai Disglisemia sebagai salah satu penyebab penyakit kencing manis jenis II. Hari ini kita akan membincangkan satu lagi teori menarik dan terbukti, dirujuk sebagai “hiperasiditi” (asid berlebihan) badan.
Penyakit degeneratif (Penuaan) dan hubungkait dengan hiperasiditi
Kebanyakan penyakit degeneratif adalah akibat sisa buangan asid yang menimbun dalam badan. Ketika dilahirkan, badan kita bebas daripada deposit sisa buangan asid. Kita mempunyai konsentrasi mineral alkali dan pH badan yang tertinggi. Apabila semakin tua, proses hidup yang biasa ialah kita beransur-ansur menjadi lebih berasid. Itulah sebabnya mengapa degeneratif tidak berlaku semasa muda. Ia lazimnya berlaku selepas umur 40 tahun. Perbezaan antara ketika berusia 20 tahun dan 40 tahun ialah anda telah mengumpul lebih banyak sisa berasid pada usia 40 berbanding 20 tahun.
Untuk mempertahankan kehidupan, badan mestilah mengekalkan suhu badan yang mantap dan nilai pH cecair badan yang malar dengan pH yang sedikit menjurus kepada alkali pada julat yang ketat iaitu 7.3 hingga 7.45. Jika miring walau sedikitpun kepada pH darah yang berasid, ia akan membawa maut, satu keadaan yang badan kita tidak akan membiarkannya berlaku. Untuk mencegah keadaan ini, badan dengan cepatnya akan menyelaraskan pH darah kembali semula ke pH yang beralkali melalui pelbagai mekanisme, seperti menggunakan mineral alkali dalam badan untuk meneutralisasikannya. Apabila mekanisme ini tidak dapat menangani permintaan, maka mekanisme lain akan memainkan peranan. Salah satu daripadanya ialah pemejalan kimia berasid, kemudian mendepositkan dalam tisu dan organ badan. Kolesterol dan asid urik yang terhablur adalah contoh asid yang memejal.
Faktor ketidakseimbangan asid badan
Gaya hidup dan tabiat makan yang tidak baik, pengambilan sayuran dan buah-buahan yang tidak mencukupi, mewujudkan ketidakseimbangan asid dan menyebabkan badan beransur-ansur menjadi berasid. Kita sentiasa sibuk dan sering mendesak badan habis-habisan untuk melakukan sesuatu. Kita berjaga sehingga larut malam dan esok pagi bangun awal untuk menunaikan tanggungjawab. Tekanan fizikal atau mental akan menjana lebih banyak sisa buangan berasid dalam badan. Pencemaran alam sekitar juga satu sebab pengasidan badan. Jika ini berterusan, ia akan membawa padah kepada kesihatan seperti arthritis, tekanan darah tinggi, kanser dan kencing manis (diabetes).
Dalam kes kencing manis, adalah dipercayai bahawa pankreas mengeluarkan salah satu cecair badan pH yang tertinggi dengan nilai pHnya 8.8. Kekurangan ion kalsium merencat pengeluaran dan pelepasan hormon insulin. Saluran darah yang tersumbat disebabkan oleh penimbunan asid juga melemahkan fungsi pankreas. Apabila semakin berumur, kita mengumpul produk sisa berasid, maka kecekapan pankreas juga berkurangan. Rupa-rupanya kita mengumpul sisa berasid di sekeliling pankreas, lebih-lebih lagi lelaki . Orang lelaki, mulanya akan mengumpul asid lemak di sekeliling pinggang .
Penjenisan Metabolik – Makanan yang baik untuk seseorang mungkin menjadi racun kepada orang lain.
Satu lagi teori yang terbukti tentang sebab-
sebab keasidan darah dikenali dengan “teori penjenisan metabolik.” Berpengalaman sebagai pengamal semulajadi, saya dapati bahawa orang yang berlainan mempunyai jenis metabolik berbeza yang menentukan jenis diet manakah yang sesuai: sama ada jenis Karbo ataupun Protein. Keasidan atau kealkalian badan akan ditentukan oleh jenis makanan yang dimakan. Jika anda tidak memakan makanan mengikut jenis dominan anda, ini menyebabkan keasidan dan kealkalian darah yang akan membawa akibat buruk. Pada umumnya kita terbahagi kepada dua jenis metabolik yang nyata, iaitu Jenis Pengoksidaan dan Autonomik. Pengoksidaan pula terbahagi kepada Pengoksidaan Cepat dan Perlahan manakala Jenis Autonomik disubkumpulankan kepada jenis-jenis simpati dan parasimpati. Kira-kira 70% daripada kes kencing manis yang saya uruskan termasuk dalam kategori Pengoksidaan Cepat atau Jenis Protein. Bagi yang mempunyai Pengoksidaan Cepat, memakan makanan yang tinggi karbohidrat akan menyebabkan darah berasid. Diet yang mengandungi protein yang tinggi dan lemak yang baik mutunya merupakan penyelesaian yang unggul bagi masalah mereka. Untuk menentukan jenis metabolik, anda perlu menjalani ujian selama dua jam termasuk ujian air kencing, air liur, darah, serta ujian profil tanda-
tanda penting. Sebaik sahaja jenis dipastikan, anda akan dinasihatkan tentang diet yang sesuai.
Penyelesaian terhadap keadaan ini:
Kurangkan pengasidan dalam sistem dan alkalikan darah. Ini penting selain melakukan perubahan kepada gaya hidup, diet dan memakan suplemen untuk membantu mengawal paras gula darah. Bagi meningkatkan kealkalian dalam badan dan memastikan gula darah sentiasa dalam kawalan:
1. Kurangkan tekanan fizikal dan mental – pelajari bagaimana untuk bertenang
2. Tidur awal – penyelidik mendapati mereka yang tidur lima jam atau kurang adalah 34% lebih berkemungkinan menghidapi kencing manis berbanding yang tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam.
3. Senaman boleh memejalkan otot dan membakar kalori, menaikkan suhu dalaman badan dan mengembangkan saluran kapilari yang tersumbat agar dapat menyedut sisa buangan yang terpendam dalam sistem.
4. Makan mengikut jenis metabolik anda. Jalani ujian untuk menentukan jenis metabolik dan sebaik sahaja mengetahuinya, makan mengikutnya bagi memastikan pH badan dikekalkan pada tahap optimum.
5. Jauhi minuman ringan, berkarbonat khususnya jenis kola. Selain kandungan gula yang tinggi, ia juga amat berasid.
6. Makan makanan yang pHnya banyak beralkali, dilihat sebagai dapat memulihkan semula kesihatan pankreas:
l Jika mampu, belilah alat pemproses air alkali. Air beralkali kaya dengan ion mineral beralkali seperti ion kalsium, kalium dan magnesium. Dengan minum sekurang-kurangnya lima gelas air alkali setiap hari akan beransur-ansur menurunkan keasidan badan dan membolehkan badan membuang semua sisa buangan yang dikeluarkan.
l Makan makanan yang membentuk alkali seperti (mengikut urutan kealkaliannya): halia, kacang ginjal, bayam, kacang soya, pisang, buah berangan, karot, kulat, strawberi, ubi kentang, lobak, lobak putih, labu besar, keledek, turnip, jus oren, buah epal, putih telur, buah pir, jus anggur, timun, tembikai, terung, kopi, bawang, teh, kacang panjang, susu manusia, susu lembu dan tofu.
7. Herba, suplemen nutrien dan mineral yang menyumbangkan kepada kealkalian.
l Makanan super seperti klorella, spirulina, aphanizomenon flos-aquae, rumput gandum dan rumput barli menambahkan alkali kepada darah. Salah satu formula seperti itu yang saya syorkan kepada pesakit saya ialah “Greens Total” yang diperkuatkan dengan 76 jenis makanan super, herba dan fitonutrien yang membersihkan serta merancakkan sistem badan. Ia juga kuat mengalkalikan.
l Suplemen kalsium yang baik.
8. Lain-lain suplemen penting untuk pesakit kencing manis
l Dalam semua keadaan gula darah tinggi, adalah penting untuk memastikan pesakit mengambil diet yang sesuai, iaitu yang rendah gula dan kanji serta mengambil suplemen formula multivitamin khas untuk pesakit kencing manis yang mengandungi nutrien penting seperti Asid Alfa Lipoik, Kromium, Biotin dan Vanadium untuk membantu menguruskan paras gula darah. Ini merupakan 4 nutrien penting untuk pesakit kencing manis kerana ia membantu meningkatkan sensitiviti insulin, menstabilkan paras gula darah dan mencegah perkembangan komplikasi kencing manis.
l Herba seperti pati kayu manis dengan Banaba juga penting kerana mempunyai ciri-ciri yang boleh menurunkan paras gula darah. Pilihlah pati kayu manis larut air yang dipiawaiankan kerana ia mengandungi Polifinol jenis A Polimer yang dapat meningkatkan aktiviti insulin sebanyak 20 kali, oleh itu ia membuatkan paras gula darah dalam kawalan. Banaba mengandungi asid korosolik yang selamat dan berkesan untuk menurunkan paras gula darah. Bila digabungkan, kedua herba ini berfungsi secara bersinergi dan mengawal paras gula darah.
9. Terapi Bowen: Salah satu teknik yang diamalkan di klinik saya ialah satu bentuk kerja unik dilakukan ke atas badan dan ini mengawal sistem badan serta menyahtoksikkan badan daripada sisa buangan berasid.
10. Gelombang “Far Infrared” - gelombang terapi ini menusuk sedalam kira-kira 2 hingga 3 inci ke dalam kulit dan menaikkan suhu badan untuk mengeluarkan sisa buangan berasid daripada sistem. Salah satu alat seperti itu ialah “FIR Hothouse Dome” yang saya syorkan kepada para pesakit saya.
Ini merupakan beberapa cara dan kaedah yang lazimnya saya masukkan sebagai sebahagian daripada modul rawatan untuk mereka yang menghadapi masalah gula darah. Saya harap rencana ini memberi pendekatan baru yang agak berbeza mengenai kesihatan anda agar ia boleh memberi panduan dalam mencari penyelesaian terhadap masalah penyakit kencing manis anda.

Kanser payu dara pembunuh utama
PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 31 peratus pesakit kanser wanita di negara ini terdiri daripada pesakit kanser payu dara yang menjadikan kanser itu kekal sebagai pembunuh utama wanita.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, peningkatan kanser tersebut bukan sahaja dikesan di negara ini tetapi berlaku di seluruh dunia.
''Berdasarkan statistik pada 2003, sebanyak 3,738 kes baru untuk kanser payu dara telah dilaporkan di negara ini.
''Di peringkat dunia pula, 1.05 juta wanita menghidap kanser payu dara setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kemas Kini Patologi Payu Dara di Hospital Putrajaya di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, hanya 20 peratus pesakit kanser payu dara menerima rawatan awal sekali gus menyebabkan ramai pesakit gagal disembuhkan.
''Jika pesakit menerima rawatan pada peringkat awal maka peluang sembuh adalah mendekati 100 peratus.
''Jika pesakit menerima rawatan selepas kanser merebak ke bahagian badan lain, peluang sembuh adalah kurang daripada 50 peratus," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan wanita yang berumur 20 tahun ke atas menjalankan ujian sendiri dari semasa ke semasa.
''Wanita berumur 30 tahun ke atas juga dinasihatkan supaya menjalankan ujian di pusat perubatan setiap tahun,'' katanya.
Kata beliau, rawatan untuk pesakit payu dara boleh diperolehi di 55 hospital kerajaan manakala empat hospital iaitu di Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Bahru menyediakan pembedahan 'endocrine' untuk pesakit.
''Buat masa ini, kita mempunyai enam pakar untuk pembedahan ini manakala enam lagi sedang menjalankan latihan," katanya.
Tambahnya, hospital kerajaan mempunyai 60 ahli patologi anatomical dan seorang daripadanya merupakan pakar dalam patologi payu dara.
''Pakar patologi payu dara ini ditempatkan di Hospital Putrajaya," katanyaWanita dan penyakit tiroid
TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.
* Kelenjar tiroid
Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).
Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.
Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.
Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan.
Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.
Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku.
Penyakit kencing manis juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

* Diagnosis penyakit tiroid
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga rungutan tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid.
Anda juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.
Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.
Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.
* Penyakit hipotiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya.
Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.
Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.
Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.
Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.
Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma (rujuk pada intisari makanan yang mempunyai kandungan iodin).
Simptom hipotiroid dengan perlahan-lahan akan dirungutkan dan sebab itu juga anda mungkin tidak mempunyai rungutan berbulan-bulan dan juga mungkin bertahun-tahun lamanya walaupun menghidap penyakit hipotiroidisma.
Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan.
Hormon tiroid akan diberikan kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya.
Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan.
* Hipertiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.
Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas!
Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting.
Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.
Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.
Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.
Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa.
Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi ataupun aspirasi menggunakan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan anda semasa lawatan kesihatan susulan.
* Penyakit tiroid semasa mengandung
Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit-pesakit semasa mengandung. Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin.
Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas. Namun, ada segelintir daripada ibu terbabit yang mungkin akan mengalami hipotiroidisma pada masa hadapan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa ujian pengesanan ataupun ujian darah hormon-hormon tiroid bukan merupakan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Tanda-tanda bomoh yang tidak mengikut ciri perubatan Islam.

Soalan : Apakah tanda-tanda yang dapat dilihat pada bomoh atau dukun yang tidak mengikut ciri perubatan Islam? ( Muhammad, K.Lumpur )
Jawapan : Disana terdapat banyak tanda-tanda yang kita dapat lihat. Diantaranya :
• Keadaan fizikal tubuh bomoh yang selekeh,berbau dan persekitaran tempat yang suram dan terlalu sunyi.
• Bomoh tersebut hanya merenung ke dalam mata pesakit tanpa membaca ayat-ayat Rogyah.
• Bomoh tersebut membaca ayat-ayat Rogyah tetapi bercampur dengan ayat-ayat yang pelik dan tidak biasa didengari. (seakan-akan mentera atau jampi tertentu).
• Bomoh tidak memperdengarkan bacaannya malah hanya terkumat-kamit.
• Bomoh yang mengaku dapat mengubati pesakit dalam jarak jauh.
• Bomoh yang mengaku dapat melihat jin dan dapat menangkapnya.
• Bomoh yang menggunakan pelbagai alatan atau bahan yang pelik seperti asap, pulut kuning dan sebagainya.
Pesanan daripada Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd. Rani.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat Datang ke laman web PendindingDiri.com. Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat lagi kita menikmati Nikmat Iman dan Islam. Disamping itu, kita juga dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan Al-Quranul Karim hidup kita di dunia ini.
Firman Allah didalam Kalam
SuciNya :

" Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa."

Kita hidup di dalam dunia Islam yang ter’fitnah’, Sehinggakan terlalu sukar untuk menilai diantara hakikat kebenaran Islam dan sebaliknya, menc
ari agama seumpama sedang mencari sebutir permata di tengah panahan kilauan kaca-kaca yang tajam. Ketika saya mula mengadu kepada guru sewaktu saya menuntut di University Al-Azhar, bagaimana umat Islam di negara saya (Malaysia) lebih menyakini bomoh dan unsur khurafat berbanding Al Quran dan hadis Rasulullah, maka guru saya menjawab “sebenarnya kita berada di Akhir Zaman” . Jawapan yang tepat dan padat.!!
Benarlah apa yang di sebut oleh kekasih kita Rasulullah s.a.w akhir zaman nanti Al-Quran hanyalah sebagai perhiasan dan tidak lagi menjadi amalan dan ikutan. Walhal Allah menurunkan Al Quran sebagai "Hudan wa syifa’un lil mukminin" (petunjuk dan ubat bagi segala penyakit bagi mukmin.
Seperti FirmanNya lagi :

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."
Saya mula menyusun ayat-ayat Ruqyah Syariyyah ini, setelah melihat betapa perlunya bagi setiap individu, keluarga, masyarakat malahan negara menjadikan pertahanan di dalam diri dengan untaian-untaian Al-Quran. Alangkah indahnya, sekiranya di bibir-bibir setiap ummat Muhammad ini membaca dan menghafaz ayat-ayat yang di baca oleh guru saya ini agar setiap nafas dan denyut nadi kita di jalari dengan ayat-ayat Al-Quran ini agar ia menjadi kekuatan bagi setiap di kalangan kita.
Saya melihat dengan mata dan kepala saya sendiri betapa hebatnya Ayat-ayat Al-Quran ini menjadi kehancuran kepada kebathilan pada setiap mentera-mentera serapah ilmu sihir dan gangguan yang tak berkesudahan dari musuh kita Syaitan. Saudara-saudara juga akan melihatnya setelah mana ayat-ayat ini di kumandang dan dihafal serta diamal di dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah. Lihatlah nanti!!
Saya mengharapkan bahagian ilmu yang terdapat ini perlu di dedahkan kepada setiap dikalangan kita supaya dijauhkan dari syirik. Ilmu ini tidak menjadi milik peribadi bahkan ia merupakan secalit ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia yang beriman denganNya. Milikilah ia dan beramallah mudahan kita diganjar dengan sebaik-baik pembalasan di Akhirat nanti.
Akhukum Fillah,
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Terjemahan Bacaan Talkin.....

Salam..sahabatku sayang..bacalah artikel ini sebelum ia dibacakan pada kita ketika kita sudah di alam barzakh..tiada kesempatan lagi walau sesaat untuk kita kembali ke dunia pada waktu itu untuk bertaubat..Wallahua'lam
Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang ygmeninggal dunia.


Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..


WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,


Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
dan siapa yang kecewa.


Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang-lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.


Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan
zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.


Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.


Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.


Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?


Siapakah Nabi kamu?


Apakah agama kamu?


Apakah kiblat kamu?


Siapakah saudara kamu?


Apakah pegangan iktikad kamu?


Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul.


Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.


Hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,


Muhammad nabiku,


Islam agamaku,


kitab suci Al-Quran ikutanku,


Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar.


Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur..


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.


Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.


Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.


Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"


Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .


Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat..."


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"


Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'."


Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
"itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN"
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian"
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba
Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
:


TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati


1. Para Nabi


2 Para Ahli Jihad


3. Para Alim Ulama


4. Para Syuhada


5. Para Penghafal Al Quran


6. Imam atau Pemimpin yang Adil


7. Tukang Azan


8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak


9. Orang mati dibunuh atau dianiaya


10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw:


Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga.


Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah
buahan syurga.


"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud


"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah
Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama .


"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Ahad, 21 Jun 2009

Pertandingan Choral Speaking

sekitar pertandingan Choral speaking Peringkat daerah
di Sk Binaong


Tarikh:17 june 2009



tengah control ayu


aku dilantik sbagai AJK teknikal dan PA system


perserta sdg membuat persembahan




para penonton sdg menonton persembahan



Ketua hakim sedang memberi taklimat kPd para juri


Gelagat peserta dari Sk bungsit berserta guru pengiring.



para Urusetia pendaftaran menunggu tetamu




Rabu, 17 Jun 2009

Tanda-tanda kita dah tua

Kesinambungan dari post kalau-korang-lahir-pada-tahun-1973-1984

Untuk bacaan pada masa lapang...enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

tanda-tanda korang dah otai...

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.


Korang mesti ingat twiki kan? bee debe debe deeep


berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sekolah...

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...


Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

Kasut, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...Warrior,ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? mendalah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak

switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa laptop dan handphone...

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:


1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!



Teringat zaman2 dulu kan ?


sumber:isu hangat

Larangan layari 39 laman web di pejabat

Penjawat awam elak unsur seks, hasutan: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 39 laman web dan blog yang berunsur lucah dan berbaur hasutan dilarang dilayari oleh pegawai dan kakitangan kerajaan di pejabat.

Perdana Menteri berkata, kakitangan awam juga dilarang melakukan 15 aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi kerajaan.


Ia termasuk menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet di pejabat kerana ia melanggar tatacara penggunaan internet; merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer dan mendapatkan maklumat serta mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.

Selain itu memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen; menyedia dan menghantar maklumat berulang adalah gangguan juga disenaraikan.

"Aktiviti menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur lucah selain menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang membabitkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan juga melanggar tatacara penggunaan internet," katanya menjawab soalan bertulis Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Kok mahu mengetahui sama ada kakitangan kerajaan mempunyai kod etika penggunaan laman web kerajaan di pejabat.

Najib berkata, aktiviti lain yang dilarang ialah menyalah guna kemudahan perbincangan awam atas talian; memuat naik, turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara.

"Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan, menggunakan kemudahan sembang, menggunakan internet untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti komersial dan politik.

"Melakukan aktiviti jenayah, menyebarkan kod perosak yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain, memuat naik, turun dan menyimpan kad elektronik, video dan fail bersaiz 10 Megabait yang boleh menyebabkan kelembapan perkhidmatan dan operasi komputer," katanya.

Najib berkata, pekeliling mengenai perkara itu boleh dicapai di laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di http:// www.mampu.gov.my. Laman web dan blog berunsur hasutan termasuk fitnah ialah www.shilesjack.com disekat.

"Ada beberapa laman web dan blog yang dalam siasatan polis tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari. Sehingga kini sembilan suspek diambil tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan seorang oleh polis," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan bertulis dikemukakan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Perdana Menteri berkata, Bank Negara Malasia (Bank Negara) sentiasa memantau pematuhan terhadap garis panduan yang dikeluarkan ke atas pengeluar kad kredit dari semasa ke semasa.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, jika ada ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, Bank Negara berhak mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit mengikut akta Sistem Pembayaran 2003.

sumber:Berita Harian

Undang-undang Seluruh Dunia

sumber:isu hangat

Undang-undang Seluruh Dunia

THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.


MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat â€Å“memprovokasiâ€� rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

Dibelit Ular Semasa Berzina

diambil daripada:Komuniti SHUKUR

Assalamualaikum

"Ambillah iktibar dari kisah benar ini..

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta
baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan..............


Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang
untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.
Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.
"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.
Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
"Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
"SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

Isnin, 15 Jun 2009

LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM SKIM CEPAT KAYA

TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan
Kerajaan berhubung larangan penglibatan pegawai awam dalam skim cepat kaya.

TAKRIF

2. Bagi maksud Pekeliling ini:

“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab
bagi sesuatu Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit dan
termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi
dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan
sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi
Kementerian, Jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi
pihaknya.

“Pegawai” bermaksud seorang anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.

“Skim Cepat Kaya” bermaksud satu bentuk pelaburan yang menawarkan
kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang
kecil dan bebas
daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar dengan Bank
Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau
pihak-pihak berkuasa lain. Ia juga termasuk sebarang bentuk pelan / aktiviti
pelaburan yang menyalahi undang-undang walaupun ianya dijalankan oleh
institusi berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan.

LATAR BELAKANG

3. Pada masa ini, Kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam
skim cepat kaya sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga
menjejaskan imej perkhidmatan awam. Selain itu, pengendali skim cepat kaya ini
turut mengeksploitasi penglibatan pegawai awam bagi memberi gambaran seolah-
olah skim sedemikian telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk menarik
pelabur-pelabur lain.

4. Gejala yang tidak sihat ini juga boleh menyebabkan pegawai yang terlibat
terjebak dalam masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta
akhirnya menjejaskan prestasi pegawai selaku penjawat awam.

PERATURAN BARU

5. Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai awam dilarang
sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya termasuk sebagai
penganjur atau pengantara atau pelabur.

6. Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan
tindakan tatatertib kerana boleh diertikan / ditafsirkan sebagai bersubahat atau
bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut.

7. Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan
tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

8. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, semua pegawai
awam yang terlibat dalam skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau
pengantara atau pelabur dikehendaki menghentikan penglibatan mereka dengan
serta-merta.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

9. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memantau pegawai di bawah
penyeliaannya dan melaporkan sebarang ketidakpatuhan kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib untuk tindakan sewajarnya.

TARIKH KUAT KUASA

10. Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai tarikh Pekeliling Perkhidmatan ini
dikeluarkan.

PEMAKAIAN

11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing,
peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua
Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan.
Note: JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA

Remove Virus “Jambanmu”

Remove Virus “Jambanmu”
_POSTEDON Mar 25, 2009 - 08:44 AM by zulkifli

Virus Kini ada pulak virus baru bernama “JambanMu.com”, oleh “trojan.win32.vb.ayo”, yang juga dikenali sebagai “flash.10.exe”. Nama lain baginya ialah “W/2.Virus.Jamban.Busuk.BlaBla”.

Virus ini akan menyebabkan PC anda menjadi sangat lembab di mana sebagai contoh, untuk membuka Notepad, anda akan mengambil masa selama lebih kurang 20 saat!

Buat masa sekarang ni, anti-virus AVG, Zone Alarm, Symantec dan Kaspersky 2007 masih lagi belum dapat ‘clean’kan virus ni. Zone Alarm dan AVG hanya dapat quarantine sahaja. Awas!
Tanda-tanda PC Anda Dijangkiti Virus Ini

PC anda akan jadi ’slow’ - di mana virus ni
bertindak memasukkan data yang dicipta sendiri oleh virus ini ke dalam registry PC kita. Virus ini dibina dengan menggunakan perisian VB Basic v5. Ia mungkin dicipta oleh orang kita (Malaysia), berdasarkan nama virus ini.

Sekiranya dijangkiti, virus ini akan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Disable Task Manager.
2. Disable Folder Option.
3. Disable Regedit.
4. Disable “cmd”.
5. JambanMu.com ‘run’ setiap kali anda ’start’ PC.
6. File dan Folder baru akan di-’create’ oleh virus ni seperti flash.10.exe, msconfig.com, cmd.com, jambanmu.com, ping.com, regedit.com, aweks.pikz, msn.msn dan banyak lagi.
7. Disable “Search”.
8. Slowkan PC.
9. Slowkan talian internet.
10. Merosakkan EXPLORER.EXE.
11. Slowkan masa nak off PC.

Jadi, bagi sesiapa yang terjumpa dengan virus ini dan menghadapi masalah yang sama, sila muat turun KillFlash1.0.exe di http://soleh.net/wp-content/uploads/2007/09/killflash10.exe dan ‘run’kan terus di PC yang dijangkiri virus tersebut.
Note: Kredit www.soleh.net

Isnin, 1 Jun 2009

Tidak DapaT masUK ke LOG on

jika ini adalah masalah yang sedang anda hadapi, mungkin anda tidak perlu khawatir. Selama anda memiliki CD Instalasi Windows XP (baik bajakan maupun original -> tapi saya sarankan anda pakai yang original..untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan), anda dapat kembali masuk ke sistem xp anda hanya dengan sebuah metode sederhana namun efektif yang memungkinkan anda sedikit membobol celah akses pada Windows XP.

Metode ini sangat mudah dilakukan bahkan oleh seorang pemula - metode ini tidak membutuhkan skill ataupun perintah yang rumit. Serta…metode ini GRATIS!!! - saya katakan seperti itu, karena anda bisa saja membayar 500 ribu - 2 jt untuk sekedar membeli maupun mendownload tool recovery, atau dengan membawanya ke toko service komputer.

Bila anda serius, anda bisa mengikuti langkah-langkah dibawah untuk memulai :

1. Letakkan CD instalasi Windows XP anda di dalam CD-ROM PC anda dan kemudian nyalakan komputer (saya asumsikan cd instalasi yang anda gunakan adalah cd bootable - karena kita harus melakukan booting dari cd -
maka anda harus mensetting di bios anda agar PC anda dapat melakukan booting pertama kali menggunakan CD)
2. Perhatikan pesan di layar monitor saat proses booting berlangsung, biasanya ada tulisan “Press any key to boot from cd” yang berarti anda harus menekan sembarang pada keyboard anda untuk dapat melakukan booting dari cd.
3. Begitu anda berhasil masuk, halaman pertama yang anda lihat yaitu “Setup is inspecting your system and loading files”
4. Begitu muncul halaman “Welcome to Setup”, tekan ENTER untuk melakukan setup windows sekarang juga.
5. Saat keluar halaman “Licensing Agreement” - tekan F8 untuk menerima perjanjian tersebut.
6. Halaman selanjutnya adalah halaman pilihan setup yang memberikan anda pilihan apakah anda ingin melakukan proses perbaikan (repair). Kira-kira disana dapat kita baca tulisan seperti ini “If one of the following Windows XP installations is damaged, Setup can try to repair it”. Gunakan tombol panah keatas atau panah kebawah pada keyboard untuk memilih instalasi xp anda (jika anda hanya memiliki satu sistem operasi xp di pc anda, maka sistem secara otomatis telah terpilih) kemudian tekan “R” untuk memulai proses repair.
7. Biarkan proses repair berjalan. Setup akan mencek hardisk anda dan kemudian mengkopi file-file sistem kedalamnya, sehingga proses ini akan memakan waktu beberapa menit
8. Segera setelah proses kopi file, maka sistem diharuskan untuk dire-boot (ini akan otomatis terjadi - anda dapat melihat progress bar berwarna merah dengan tulisan “Your computer will reboot in 15 seconds”
9. Selama masa reboot, jangan melakukan kesalahan dengan menekan tombol keyboard, karena itu berarti akan kembali membawa sistem pada proses boot melaui cd kembali, sampai sini, biarkan windows berjalan otomatis. Proses selanjutnya anda akan dibawah kesebuah halaman instalasi xp.
10. Dalam proses ini, perhatikan sisi kiri bawah halaman hingga disana anda terdapat tulisan “Installing Devices”, tekan tombol SHIFT+F10 pada keyboard. Tahukah anda, inilah celah keamanan yang saya maksud diatas! Sebuah jendela perintah konsol khas DOS akan muncul sehingga dapat memberikan anda kesempatan yang besar untuk dapat melakukan akses pada sistem anda.
11. Di jendela prompt DOS, ketikkan NUSRMGR.CPL kemudian tekan enter. Bravo! anda baru saja berhasil membuka akses grafis untuk memanage User Account yang biasa ada di control panel.
12. Sekarang, silahkan anda pilih account yang ingin anda ganti passwordnya kemudia remove atau change password baru sesuai yang anda inginkan. Jika anda ingin dapat masuk tanpa mengetikkan kembali password, setelah melakukan pergantian password, silahkan tutup jendela tersebut, kemudian kita kembali ke DOS prompt, kemudian ketikkan “control userpasswords2″, ketika muncul sebuah jendela, pilih checklist “log on without being asked for passwords”. Setelah itu tekan ok dan tutup jendela tersebut. Setelah kembali ke jendela Prompt DOS, ketikkan “exit” untuk keluar dari jendela prompt. Langkah selanjutnya adalah melanjutkan proses instalasi yang sedang berjalan (oh ya…dalam proses instalasi, anda diharuskan memiliki CD key yang nantinya harus anda ketikkan ketika diminta).
13. Setelah proses repair selesai, maka anda dapat dengan mudah masuk dengan menggunakan password baru anda (atau masuk tanpa menggunakan password jika tandi anda memilih opsi agar sistem tidak menanyakan password lagi.

TROUBLESHOOTING STOP ERROR

TROUBLESHOOTING STOP ERROR

MASALAH
Ketika Instalasi Windows XP pengguna mungkin akan menghadapi masalah Stop Error Message berikut :
STOP 0x0000008e
STOP 0x00000050 PAGE FSULT IN NON PAGED AREA
Setelah daripada error di atas, massage berikut juga mungkin akan kelihatan
Setup cannot copy the file Setupdd.sys

PUNCA
Berikut adalh kemingkinan punca masalah berkenaan.
1. RAM yang digunakan mengalami kerosakan.

2. RAM yang digunakan tidak sesuai bagi kegunaan sistem operasi Windows XP.
3. pindahkan RAM kepada slot yang lain.

PENYELESAIAN
Keluarkan RAM satu demi satu sehingga masalah berkenaan tidak lagi berlaku.

Stop 0x0000002E or DATA BUS ERROR – Masalah ini disebabkan oleh memori parity yang berpunca dari kerosakan RAM, cache pada systemboard, Level 2 cache atau memori pada kad grafik. Selain daripada itu berkemungkinan juga disebabkan oleh masalah hard disk atau virus.

Stop 0x0000003F or NO MORE SYSTEM PTES – Masalah berpunca dari penggunaan driver yang tidak sesuai dengan sistem operasi atau penggunaan memori yang melampaui kemampuan sistem. Tentukan sistem tidak menggunakan hard disk yang rosak. Selain daripada itu gunakan disk fragmentation dan tentukan aplikasi yang digunakan adalah sesuai dengan sistem operasi.

Stop 0x0000001E or IRQL NOT LESS OR EQUAL - Masalah ini berlaku disebabkan proses atau driver cuba mendapatkan akses ke ruang memori atau IRQ level yang tidak diperuntukan kepadanya. Punca masalah ini adalh software (seperti games) atau hardware yang tidak compatible.

Stop 0x00000024 or NTFS FILE SYSTEM or 0x23 – Masalah ini berkemungkinan besar disebabkan oleh driver NTFS.sys yang digunakan untuk mendapatkan akses ke atas failing system NTFS. Punca masalah ini adalah filing system yang telah corupt.

Stop 0x00000050 or PAGE FAULT IN NONPAGED AREA – Masalah disebabkan oleh data yang sepatutnya berada di dalam memori tidak dapat di lokasi yang sepatutnya. Punca maslaah berkemungkinan disebabkan oleh kerosakan RAM, L2 cache pada systemboard, memori pada kad grafik, aplikasi yang tidak compatible atau aktiviti virus.

Stop 0x00000077 or KERNEL STACK INPAGE ERROR – Malalah ini disebabkan oleh data yang perlu diproses tidak terdapat di lokasi virtual memory (pagefile.sys) seperti yang sepatutnya. Punca masalah berkemungkinan disebabkan loleh kerosakan hard disk, data corrupt atau masalah virus.

Stop 0x00000079 or MISMATCHED HAL – Masalah ini disebabkan oleh hardware abstraction layer (HAL) dan kernel semasa yang tidak sepadan. Selain dari itu ia mungkin juga berpunca dari penggunaan processor yang todak sepadan. Tentukan yang penggunaan konfigurasi ACPI (Advanced Configuration and Power Interface) yang sesuai.ACPI membolehkan system operasi, pengurusan suhu computer dan penggunaan kuasa letrik/ bateri dikendalikan.

Stop 0x0000007A or KERNEL DATA INPAGE ERROR – Punca masalah adalah bersamaan dengan error Stop 0x00000077 dengan pengecualian dari masalah virus.

Stop 0x0000007B or INACCESSIBLE BOOT DEVICE – Masalah berpunca dari system operasi tidak lagi mampu mengenalpasti system partition atau boot volune ketika bootup. Punca masalah adalah penggunaan driver storage media yang tidak sesuai. Selain itu boleh juga disebabkan oleh masalah bootvirus. Tentukan konfigurasi fail boot.ini tidak bermasalah.

Stop 0x0000007F or UNEXPECTED KERNEL MODE TRAP - Masalah disebabkan oleh aplikasi atau hardware. Tentukan aplikasi atau hardware yang baru digunakan sesuai dengan system operasi.

Stop 0x0000009F or DRIVER POWER STATE FAILURE – Masalah berkemungkinan berpunca dari penggunaan driver yang tidak sesuai.

Stop 0xBE or ATTEMPTED WRITE TO READONLY MEMORY – Masalah berkemungkinan berpunca dari penggunaan driver yang tidak sesuai.

Stop 0xC2 or BAD POOL CALLER – Masalah berpunca dari penggunaan driver yang bermasalah atau terdapat masalah bug pada system operasi disebabkan penggunaan aplikasi yang tidak sesuai.

Stop 0x000000CE or
DRIVER UNLOADED WITHOUT CANCELLING PENDING OPERATION – Masalah berpunca dari penggunaan driver yang bermasalah atau terdapat masalah bug pada system operasi disebabkan penggunaan aplikasi yang tidak sesuai.

Stop 0x000000D1 or DRIVER IRQL NOT LESS OR EQUAL – Masalah disebabkan oleh system yang cuba menggunakan proses yang tidak diperuntukkan kepadanya. Ia mungkin berpunca dari penggunaan driver yang tidak sesuai atau bug yang disebsbkan oleh aplikasi.

Stop 0x00000021A or STATUS SYSTEM PROCESS TERMINATED – Masalah mungkin berpunca dari penggunaan system operasi yang tidak sah. Ia juga mungkin berpunca dari konfigurasi permission yang tidak betul lalu menyebabkan sistem tidak lagi mempunyai akses ke fail atua folder.

Stop 0x000000221 or STATUS IMAGE CHECKSUM MISMATCH - Masalah berpunca dari driver, file system atau paging file yang telah rosak. Kerosakan RAM boleh juga menjadi punca masalah.

Stop 0x000000D8 or DRIVER USED EXCESSIVE PTES – Masalah disebabkan driver yang cuba mendapatkan peruntukan memori yang besar. Tentukan hard disk mempunyai ruang yang mencukupi dan fragmenting telah dibuat.

Stop 0x0000002EA or THREAD STUCK IN DEVICE DRIVER - Masalah disebabkan oleh driver kad grafik. Punca maslaah adalah kerosakan kad grafik atau driver kad grafik yang tidak sesuai digunakan.

Stop 0x000000ED or UNMOUNTABLE BOOT VOLUME – Masalah disebabkan penggunan cable hard disk yang tidak sesuai dengan teknologi hard disk yang digunakan.

Stop 0x000000F2 or HARDWARE INTERRUPT STORM - Masalah berkemungkinan berpunca dari IRQ conflict yang berkaitan dengan hardware seperti port serial, parallel atau kad grafik PCI.

TIPS Mengatasi Masalah Pada Hardware

TIPS Mengatasi Masalah Pada Hardware

Masalah dengan komponen Hardware perlu penanganan yang serius karena sulit dilokalisir dan disingkirkan tanpa tools yang tepat, keahlian dan pengalaman yang menunjang. Penjelasan akan berkisar pada masalah yang sering terjadi disertai dengan cara mengatasinya.

Masalah Pada Power Supply

Gejala : Setelah dihidupkan PC tidak bereaksi apa-apa, tidak ada tampilan di monitor, tidak ada lampu indikator (led) yang menyala, kipas power supply tidak berputar, lampu indikator pada monitor tidak menyala.

Solusi : Periksalah apakah kabel terhubung dengan benar dan steker terpasang dengan baik pada soketnya, periksa juga apakah ada tombol on/off dibelakang tepatnya dibelakang Power Supply sudah dalam posisi On, Jika sudah yakin terpasang dengan benar tapi tetap tidak ada respon untuk meyakinkan silahkan anda ganti kabel power dengan yang anda yakini bagus. Masalah terjadi karena tidak adanya tegangan listrik yang masuk, kerusakan ada pada kabel power.

Masalah : Setelah dihidupkan PC tidak bereaksi apa-apa, tidak ada tampilan di monitor, tidak ada lampu indikator (led) yang menyala, kipas power supply tidak berputar, lampu indikator pada monitor menyala.

Solusi : lakukan seperti langkah diatas, tetapi jika masih belum ada respon berati masalah ada pada Power Supply, Silahkan anda ganti PS nya, Saya sarankan sebaiknya anda ganti saja Power Supply yang rusak dengan yang baru, dan hati-hatilah dalam pemasangannya.

Catatan : Jika kerusakan hanya pada Power Supply saja, Setelah anda menggantinya, komputer akan kembali bekerja dengan normal. Kecuali jika ada masalah pada komponen yang lainnya seperti Mother Board, VGA Card dan Memory.

Masalah Pada Mother Board

Gejala : Setelah dihidupkan, tidak ada tampilan di monitor, lampu indikator (led) di panel depan menyala, lampu indikator (led) monitor berkedip-kedip, kipas power supply dan kipas procesor berputar, tidak ada suara beep di speaker.

Solusi : Langkah pertama lepas semua kabel power yang terhubung ke listrik, kabel data ke monitor, kabel keyboad/mouse, dan semua kabel yang terhubung ke CPU, kemudian lepas semua sekrup penutup cashing. Dalam keadaan casing terbuka silahkan anda lepaskan juga komponen-komponen lainnya, yaitu kabel tegangan dari power supply yang terhubung ke Motherboard, harddisk, floppy, hati-hati dalam pengerjaannya jangan terburu-buru. Begitu juga dengan Card yang menempel pada Mboard (VGA, Sound atau Card lainnya). Sekarang yang menempel pada cashing hanya MotherBoard saja. Silahkan anda periksa Motherboadnya dengan teliti, lihat Chip (IC), Elko, Transistor dan yang lainnya apakah ada yang terbakar.

Jika tidak ada tanda-tanda komponen yang terbakar kemungkinan Motherboard masih bagus, tapi ada kalanya Mboard tidak jalan karena kerusakan pada program yang terdapat di BIOS

Masalah Pada Harddisk

Gejala : Pada saat CPU dinyalakan kemudian melakukan proses Post setelah itu proses tidak berlanjut dan diam beberapa saat tidak langsung masuk ke operating system, dan kemudian di layar monitor ada pesan "harddisk error, harddisk Failur, setelah itu muncul pesan "press F1 to continou" setelah kita menekan tombol F1 tidak masuk Operating system dan muncul pesan "Operating system not found".

Solusi : Periksa kabel tegangan dan kabel data yang masuk ke harddisk apakah longgar, sebaiknya dikencangkan, kemudian nyalakan dan coba anda dengarkan apakah suara yang keluar dari harddisk normal, jika tidak normal berati harddisk rusak di controllernya.

Gejala : Pada saat CPU dinyalakan kemudian melakukan proses Post setelah itu muncul pesan "Operating system not found".

Solusi : Ada kemungkinan Operating system rusak, bisa diatasi dengan install ualng atau jika OS anda menggunakan windows 2000/XP ada Fasilitas Repairnya. atau ada kemungkinan juga harddisk anda tidak terdeteksi dan lakukan langkah diatas

Gejala : harddisk bad sector?

Solusi : Ada beberapa faktor penyebab terjadi bad sector diantaranya, tegangan listrik tidak stabil, sering terjadi putusnya aliran listrik secara mendadak, setelah pemakaina tidak di shot down, pemakaian yang terlalu lama, ada 2 jenis bad sector yaitu fisik dan software.....Untuk mengatasinya ada beberapa cara, diantaranya menggunakan software untuk menghilangkan badsector....pembahan lebih lanjut ada di eBook Metode perbaikan komputer dan bisa anda dapatkan jika anda bergabung menjadi Member Aktif.


Mengatasi Masalah Pada CD/DVD/ROM/RW

Gejala : Jenis kerusakan yang biasa ditemui :

1. Tidak terdeteksi di windows

2. Tidak bisa keluar masuk CD

3. Tidak bisa membaca/menulis/hanya bisa membaca saja. (CD)

4. Tidak bisa membaca/menulis/write protect (Floppy disk)

Solusi :

1. Periksa kabel data dan kabel tegangan yang masuk ke CD-floppy, perikas di setup bios apakah sudah dideteksi? sebaiknya diset auto. Periksa apakah led menyala, jika tidak kerusakan di Controllernya.

2. Kerusakan ada pada mekanik motor atau karet motor.

3. Kerusakan Biasanya pada optik, tetapi ada kemungkinan masih bisa diperbaiki dengan cara men-set ualng optik tersebut.

4. Head Kotor, bisa dibersihkan menggunakan Cutenbud

(langkah-langkah diatas secara lengkap dapat anda temukan di e-book "Metode perbaikan komputer cepat dan akurat" dan bisa anda dapatkan jika anda bergabung menjadi member perbaikankomputer.com


Masalah BIOS

Gejala : Hati-hati dalam Update Bios, ketika meng-Update anda keliru memilih versi Bios, PC jadi tidak jalan bahkan anda tidak dapat masuk ke BIOS.

Solusi : Biasanya Update tidak dapat dibatalkan, hanya jenis Motherboard tertentu yang memiliki backup BIOS pada Chip-nya, Disitu tersimpan jenis asli BIOS yang tidak dapat dihapus, untuk dapat merestore-nya anda tinggal memindahkan Posisi Jumper khusus yang biasanya sudah ada petunjuk di buku manualnya. Kemudian hidupka PC dan tunggu 10 detik, BIOS yang asli telah di Restore, kembalikan Posisi Jumper pada posisi semula, dan PC siap dijalankan kembali. Jika Motherboard tidak memiliki pasilitas tersebut, Chip BIOS harus dikirim ke Produsen, Jenis BIOS dapat anda lihat di buku manualnya. Berhati-hati dalam pemasangannya jangan sampai kaki IC BIOS patah atau terbalik Posisinya.

Gejala : CPU mengeluarkan suara Beep beberapa kali di speakernya dan tidak ada tampilan ke layar monitor, padahal monitor tidak bermasalah.

Solusi : Bunyi Beep menandakan adanya pesan kesalahan tertentu dari BIOS, Bunyi tersebut menunjukan jenis kesalahan apa yang terjadi pada PC, Biasanya kesalahan pada Memory yang tdk terdeteksi, VGA Card, yang tidak terpasang dengan baik, Processor bahkan kabel data Monitor pun bisa jadi penyebabnya.Silahkan anda periksa masalah tersebut.

Berikut Pesan kesalahan BIOS

Bunyi kesalahan BIOS biasanya tidak semua Motherboard menandakan kesalahan yang sama tergantung dari jenis BIOS nya.

[AMI BIOS]

Beep 1x : RAM/Memory tidak terpasang dengan Baik atau Rusak, Beep 6x : Kesalahan Gate A20 - Menunjukan Keyboard yang rusak atau IC Gate A20-nya sendiri, Beep 8x : Grapihic Card / VGA Card tidak terpasang dengan baik atau Rusak, Beep 11x : Checksum Error, periksa Batre Bios, dan ganti dengan yang baru.

[AWARD BIOS]

Beep 1x Panjang : RAM/Memory tidak terpasang dengan Baik atau Rusak, Beep 1x Panjang 2x Pendek : Kerusakan Pada Graphic Card (VGA), Periksa bisa juga Pemasangan pada slotnya tidak pas (kurang masuk), Beep 1x Panjang 3x Pendek : Keyboard rusak atau tidak terpasang. Beep Tidak terputus / bunyi terus menerus : RAM atau Graphic Card tidak terdeteksi.

Batrey CMOS Rusak / Lemah

Gejala : Muncul Pesan CMOS Checksum Vailure / Batrey Low, diakibatkan tegangna yang men-supply IC CMOS/BIOS tidak normal dikarenakan batrey lemah, sehingga settingan BIOS kembali ke Default-nya/setingan standar pabrik, dan konfigurasi Hardware harus di Set ulang.

Solusi : Segera Ganti Batrey nya

Gejala : CPU yang sering Hang?

Solusi : Ada beberapa faktor terjadi hanging diantaranya : Ada BadSector di Harddisk, Ada Virus, Ada masalah di Hardware seperti Memory Kotor/Rusak, MBoard Kotor/Rusak, Cooling Fan perputaran fan nya sudah lemah, Power Supply tidak stabil.....sebaiknya jangan dipaksakan untuk digunakan karena akan berakibat lebih fatal, silahkan hub: kami untuk dapat mengatasi masalah tersebut

Gejala : Komputer sering tampil blue screen apa penyebabnya?

Solusi : Pesan Blue Screen bisa disebabkan system windows ada yang rusak, Bisa dari Memory, Bisa dari hardisk, bisa dari komponen lainnya, tergantung pesan blue screen yang ditampilkan.

Gejala : Komputer jadi lebih lambat dari sebelumnya, padahal awalnya tidak begitu lambat

Solusi : Penyebab komputer anda prosesnya lambat ada beberapa faktor yaitu : Space hardisk terlalu penuh, terlalu banyak program / software yang memakan space harddisk dan memory, ada virus, harddisk badsector.
 

Blogger news

Radio Manis FM Dengarkan Kami Di Kelantan - 90.6FM, Terengganu - 102.0FM, Pahang - 95.1FM KeNingaU FM

Blogroll

About